YUGENOX·JOBS

Pemandu Van

PRISM+ · Puchong, Selangor, Malaysia

About the role

Deskripsi Kerja

PRISM+ sedang mencari pemandu Van (penghantar barang) yang boleh dipercayai yang mementingkan kepuasan pelanggan dan mengangkut barangan dengan selamat & tepat pada masanya. Pemandu akan mengambil dan menghantar barang sambil mematuhi laluan dan jadual waktu yang ditetapkan. Untuk berjaya sebagai pemandu penghantar barang, anda harus bersikap sopan dengan komitmen untuk menyediakan pelanggan kami pengalaman yang terbaik. Anda harus teliti dalam memastikan pesanan dipenuhi dengan betul, komited terhadap keselamatan kerja, dan bersemangat untuk memuaskan hati pelanggan.

Tanggungjawab Pekerjaan

- Memuatkan, mengangkut dan menghantar barang kepada pelanggan atau syarikat dengan cara yang selamat dan tepat pada masanya. - Menyemak pesanan sebelum dan selepas penghantaran untuk memastikan pesanan lengkap, dan pelanggan berpuas hati. - Membantu menaikkan barang dan mengatur barang dalam kenderaan. - Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, menjawab soalan mudah dari pelanggan. - Mematuhi jalan yang ditetapkan dengan mengikut jadual waktu yang diberikan. - Mematuhi semua undang-undang pengangkutan dan mengekalkan rekod pemanduan yang bersih & selamat.

Requirements

- Mempunyai Lesen GDL D.

- Berpengalaman memandu Van. - Berkeupayaan untuk berjalan, memandu, mengangkat dan membawa barang berat (maksimum 30kg) untuk tempoh yang berpanjangan. - Berkediaman di Selangor / KL. - Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

Benefits

- Kenaikan tahunan dan bonus prestasi.

- Insentif untuk setiap barang yang dihantar. - Faedah tahunan perubatan. - Cuti hari jadi.

Text as published by PRISM+. We don't edit postings; apply and ask questions on the employer's site.

No salary posted
Apply on PRISM+'s site →
Posted
Jul 31, 2026 (3 months ago)
First seen by us
Nov 11, 2026
Still listed
Nov 11, 2026
Source
Workable

More at PRISM+

All 87 open postings →